Ahad, 1 September 2013

Gambir Sarawak


Gambir Sarawak (nama saintifik: Uncaria Gambir) ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama BornGambierBorneo Cat's clawUna de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak.
Keberkesanan gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak. Penggunaan gambir secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti IndonesiaBrunei dan Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi
kegunaan

Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi serbuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan. Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.
Selain itu juga gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ularkala jengking atau sengat ikan seperti ikan keliikan sembilang dan sebagainya.
Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.
Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim.


Gambir Sarawak Asli dijual dlm bentuk paket berharga RM10



Pokok Tas atau Pokok Hujan Panas Jantan
Maklumat & Sejarahnya
Dari Segi Khasiat Kayu Tas Atau Penunduk, Ia Mampu Menundukkan Binatang Buas Serta Binatang Berbisa, Ada Juga Mengatakan Ia Mampu Untuk Menundukkan Manusia Yang Berhati Seperti Binatang Juga. Bagi Kaum Penan, Mereka Akan Membakar Kulit Kayu Tas Betina Untuk Menghalau Makhluk Halus.

Kayu Tas Betina Juga Dikenali Dengan Kayu Tas Putih. Manakala Kayu Tas Jantan Dikenali Dengan Kayu Tas Hitam. Antara Nama Yang Sinonim Dengan Kayu Tas Adalah Kayu Hujan Panas. Perbezaan Antara Kayu Tas Dengan Kayu Penunduk Adalah Ketebalan Kayu Tersebut.

Kayu Tas Atau Lebih Dikenali Dengan Nama Lakum, Limpanas, Ujan Panas, Kayu Penunduk, Dan Kayu Tas. Spesis Kayu Ini Yang Banyak Tumbuh Ditanah Berbukit Di Sarawak, Tanah Semenanjung Dan Hutan Borneo Rata-Ratanya Memiliki Warna Kulit Kayu Yang Lebih Kurang Sama Akan Tetapi Ada Beberapa Jenis Kayu Tas Atau Penunduk. Lebih Dikenali Dengan Penunduk Hitam, Putih, Merah Dan Kuning.

Di Sarawak Kayu Tas Dikenali Dengan Nama Limpanas Laki Dan Limpanas Bini. Perbezaannya Adalah Warna Kulit Kayunya. Warna Hitam Adalah Tas Jantan Dan Kulit Putih Tas Betina. Manakala Spesis Kayu Tas Yang Payah Nak Jumpa Adalah Kayu Tas Jenis Merah, Kayu Tas Tanah Semenanjung Dan Kayu Tas Jenis Kuning. 

Fungsi/Kegunaan/Kelebihan
Merupakan Kayu Yang Tumbuh Tanpa Diganggu Tumbuhan Liar Dan Haiwan Serta Serangga Disekeliling Batangnya Bersih Dan Tiada Apa-Apa Yang Berani Tumbuh Atau Lalu Ini Kerana Kayu Tas Merupakan Kayu Yang Ditakuti Oleh Makhluk Lain Kerana Getahnya Beracun Dan Kayunya Mempunyai Bau Ancaman..

Dikatakan Kayu Ini Dapat Memampan Serangan Musuh Sekiranya Dipakai Dibadan. Musuh Yang Menyerang Akan Tercedera Sendiri Apabila Menyentuh Sipemakai. Memampan Dari Serangan Halus Seperti Santau Dan Ilmu Hitam. Diri Terasa Yakin Diri Dan Berani Apabila Memakainya. 

Kayui Tas Juga Digunakan Sebagai Alat Untuk Persembahan Di Sarkas Jika Kita Lihat Pelatih Harimau Atau Singa Ada Memegang Kayu Dan Itulah Kayu Tas Sebenarnya. Sesuai Sekali Sebagai Pelindung Dari Binatang Buas Dan Dan Berbisa Dan Merupakan Juga Sebagai Penggerun.
Khasiat Tertinggi Ampuh
Penunduk Binatang Buas & Berbisa;
Penunduk Manusia Yang Berperangai Seperti Binatang;
Menghalau Makhluk Halus;
Penyejuk Dalaman & Luaran;
Penawar Racun Haiwan Darat & Laut;
Ketahanan Tubuh Badan, Kesakitan, Penyakit & Luka;
Kalis Bisa, Luka & Jatuh;
Semuanya Dengan Izin Allah…
Allahualam…

Penjagaan/Pantang
Apabila Memakai Cincin Ini Anda Dilarang Memukul Atau Menampar Seseorang Yang Mungkin Akan Memudaratkan Orang Tersebut;

Sesungguhnya Allah Swt Jualah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya;
Menurut Segala Perintah Dan Meninggalkan Segala Larangannya Serta Sentiasa Mengingati Allah Swt Dan Mohon Kepadanya Adalah Penting Dalam Memperoleh Keselamatan Serta Kesejahteraan Di Dunia Dan Akhirat;
Apa Yang Baik Itu Datangnya Dari Allah Swt Dan Yang Buruk Itu Adalah Dari Kelemahan Kita Sendiri.